Aidil Fitri kali ini bertambah meriah dengan kelahiran anakku yang ke-3, tahun 2009 kami beraya 5 beranak, tahun nie last minutes beli baju ready made warna coklat, ingatkan kena raya kat hospital, Alhamdullilah Ajlaa discharge sebelum Aidil Fitri jadi aku belikan juga dia baju berwarna coklat. Sedondon warna coklat ... meriah ... meriah ... ummi pun seronok sebab dapat melaram walaupun badan agak 'berisi' muka pun montel semacam .... abah pun sama muka pun tembam jugak, jgn asyik nak mengata, pipi ummi macam cokodok terlebih ayaq noooo ...
Saturday, September 26, 2009
Thursday, July 30, 2009
Hadiah Daripada Insan-Insan Tersayang Sempena Kelahiran Ajlaa'
Foto-foto ini ku abadikan kerana penghargaan yang tidak ternilai di atas pemberian hadiah daripada insan-insan yang rapat denganku .... hadiah yang teristimewa sempena kelahiran baby Ajlaa Mubasyirah ...
![]() |
| banyaknya hadiah Ajlaa ... |
![]() |
| hadiah dari ummi |
![]() |
| hadiah daripada kawan-kawan sepejabat |
![]() |
| hadiah daripada maklong nora |
![]() |
| maklong nora |
![]() |
| hadiah daripada PKTN IPK |
![]() |
| kad daripada kak haini |
![]() |
| ummi suka sangat ladybird nie ... |
![]() |
| yg nie paling istimewa daripada Nani Norsiah |
![]() |
| hasil tangan Nani Norsiah |
Monday, July 27, 2009
Kelahiran Ajlaa' Mubasyirah ...
Foto-foto ini diambil ketika Ajlaa Mubasyirah berada di dalam Unit Rawatan Rapi (NICU), anakku ini dilahirkan ketika berusia 30 minggu dalam kandungan ... aku terpaksa menjalani pembedahan kerana air ketubanku telah pecah dan kepala anakku ini songsang.
Ajlaa' terpaksa mengunakan alat bantuan penafasan
Ajlaa' Mubasyirah lahir pada 27 Julai 2009, beratnya ialah 1.46 kg sahaja ... kali pertama aku menatap wajah anakku ketika usianya 2 hari. Menitis air mataku pabila melihat keadaan anakku ... moga engkau tabah anakku, setabah ummi ketika mengandungkanmu ...
![]() |
| Unit Rawatan Rapi (Bayi) |
![]() |
| Ajlaa ketika menerima rawatan Jaundis |
![]() |
| Ajlaa selepas menerima rawatan di NICU |
![]() |
| minum susu menggunakan wayar yang dimasukkan terus ke perut |
![]() |
| Ajlaa ketika menerima rawatan di dalam Incubator |
![]() |
| Ajlaa ketika menerima rawatan di baby coat |
![]() |
| Nani memandikan Ajlaa ... |
![]() |
| kali pertama ajlaa dimandikan di rumah |
![]() |
| Ajlaa ketika beratnya 1.65kg |
![]() |
| genap usia sebulan, berat 1.65kg |
![]() |
| rooming-in untuk ibu di wad NICU |
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































