Pages

myspace layout codes

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, June 9, 2011

AJLAA GOJES


AJLAA GOJES

Ajlaa & Ummi Gojes

Pejam celik, celik pejam ... kejap aje masa berlalu ... dan tanpa aku sedari tak lama lagi Ajlaa akan menginjaki usia ke-2 tahun. Bermacam-macam dugaan, rintangan yang telah aku lalui bersama-sama ngan Ajlaa ... terlalu banyak, sejak Ajlaa dalam kandungan, di hari lahirnya hinggalah kini ... hospital merupakan rumah ke-2 untuk Ajlaa dan aku ...

pernah satu ketika, aku terpaksa memandu di waktu tengah malam bersama-sama dengan dua anakku kerana Ajlaa mendapat serangan Athma, ketika itu suami out station di Kuala Lumpur ... dengan berat hati aku terpaksa menghubungi adikku, nini dan suaminya, Jas untuk menjaga dua anakku (Aisya & Abiya) kerana Ajlaa terpaksa ditahan di wad kerana ada jangkitan pada paru-paru ...

waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu isi hatiku ... bermacam-macam juga sindiran yang terpaksa aku tahan kerana ada diantara warga opis yang tak memahami keadaanku yang terpaksa cuti kecemasan setiap bulan kerana menjaga Ajlaa di hospital, tapi aku beruntung kerana dikelilingi oleh mak, baba dan adik beradik yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi ...

aku ingin mengucap jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibuku, Puan Norsiah yang sentiasa berada disisiku disaat aku amat memerlukan ... juga terima kasih kepada adik perempuanku yang sorang nie ... sentiasa menyokong dan memberiku semangat untuk meneruskan liku-liku hidup yang penuh ranjau dan duri ... hanya Allah Taala sahaja yang bisa membalas jasa baik kalian semua ...

Ajlaa kini menerima rawatan susulan dengan pakar kanak-kanak hospital, aku juga ada membawanya ke klinik pakar kanak-kanak swasta tiap kali Ajlaa kurang sihat. Sememangnya wang gaji yang aku terima setiap bulan, akan aku peruntukkan sedikit untuk belanja perubatan di klinik pakar kanak-kanak swasta ... kalau aku membawanya ke hospital kerajaan sudah semestinya aku terpaksa mengambil cuti, jadi untuk memudahkan segala urusan aku mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik swasta, aku boleh pergi selepas waktu kerja kerana klinik tersebut tamat operasinya pada jam 8.30 mlm.

Pada mereka yang mempunyai anak yang sihat mungkin tidak memahami keadaan yang aku harungi ... tidur malam memang tidak pernah lena kerana risaukan keadaan anak, mungkin dia sesak nafas? tersedak ketika minum susu? macam2 yang berlegar2 dikotak fikiran aku tiap2 malam ...

Berbalik pada kisah si Ajlaa Gojes sekarang nie paling suka menari pantang ada muzik yang rancak dia pasti akan menggoyangkan badannya ... kartun yang paling dia gemari ialah Sponge Bob Square Pant ... dia pun dah pandai menyanyikan lagu tema kartun tersebut walaupun tak berapa jelas sebutannya tapi nada lagunya ada ...

Sesiapa sahaja yang melihat Ajlaa Gojes pasti terhibur dengan keletahnya ...


mami, cik jas & ajlaa gojes
'apa ajlaa buat tu???"


ajlaa gojes dh botak chin ...

No comments:

Post a Comment