Pages

myspace layout codes

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Premature Baby tickers

Friday, May 27, 2011

JAKARTA-BANDUNG PART 1



27 Mei 2011 - bertolak dari rumah ke dan tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada jam 10.10 pagi. Selesai semua urusan pemeriksaan keselamatan bagasi, pemeriksaan dokumen pada jam 11.29 pagi. Menunggu untuk pemeriksaan imigresen 45 minit sebelum penerbangan berlepas iaitu pada jam 11.30 pagi. Kami berada di dalam flight tepat pada jam 12.08 tengahari, pesawat berlepas tepat pada jam 12.20 t/hari.


Kami tiba di Sokeorno hatta jakarta airport pada jam 2.14 petang (waktu indonesia). Setibanya kami di luar airport ramai pemandu-pemandu van menunggu di luar, oleh sebab anak-anak sudah kelaparan kami singgah makan di KFC, Jakarta jumlah yang dikenakan termasuk cukai 10% RP86000. Selesai makan aku cuba bertanya kepada petugas di KFC dimana boleh aku dapatkan tiket untuk menaiki bas ke Gambir, kerana aku bercadang untuk menaiki tren ke bandung. Dengan senang hari petugas tersebut menunjukkan ke arah sebelah kiri dan berkata DAMRI. Kemudian suamiku pulak pergi survey diluar dan pemandu tersebut menyatakan harga dengan menaiki van ke bandung ialah sebanyak RP90000/tempat duduk. Akhirnya kami membuat keputusan untuk menaiki bas ke Stesyen Keretapi Gambir dengan tambang RP20000/tempat duduk. penjaga kaunter memberitahu kami bas akan tiba dalam tempoh 15-20 minit.

Perjalanan dari airport ke gambir mengambil masa selama 45 minit ke 1 jam itupun jika jalannya tidak 'macet' (traffic jammed). Kami menaiki bas pd jam 3.33 petang (waktu indonesia) dan tiba di Gambir pada jam 5:03 petang (waktu Indonesia). Untuk mendapatkan tiket keretapi ke Bandung perlu ke 'Loket 10' (kaunter 10), harga tiket RP40000/tempat duduk.


Perjalanan dari gambir ke bandung mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Disini aku catatkan waktu perjalanan keretapi 5.45 pg, 9.15 pg, 11.30 pg, 4.15 ptg, 7.00 mlm, 8.25 mlm.

kami menginap di Utari Hotel Bandung

Utari Hotel Bandung


Pizza berdekatan dengan Utari Hotel

No comments:

Post a Comment