Hari ke-2 kami ke Kampung Daun untuk menikmati makan tengahari. Perjalanan ke sana seakan-akan berada di Cameron Highland kerana dikelilingi oleh pohon2 strawberi, cuaca dingin.
Saturday, May 28, 2011
BANDUNG PART 2 - PASAR BARU
Dari Royal Corner Hotel tempat kami menginap aku dan family di bawa bersiar-siar di Pasar Baru Bandung, kami di sana lebih kurang dalam 2 jam sebab aku dan husband tak berniat nak shopping sekadar cuci mata dan berjalan-jalan di sekitar Pasar Baru Bandung.
Friday, May 27, 2011
JAKARTA-BANDUNG PART 1
27 Mei 2011 - bertolak dari rumah ke dan tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada jam 10.10 pagi. Selesai semua urusan pemeriksaan keselamatan bagasi, pemeriksaan dokumen pada jam 11.29 pagi. Menunggu untuk pemeriksaan imigresen 45 minit sebelum penerbangan berlepas iaitu pada jam 11.30 pagi. Kami berada di dalam flight tepat pada jam 12.08 tengahari, pesawat berlepas tepat pada jam 12.20 t/hari.
Kami tiba di Sokeorno hatta jakarta airport pada jam 2.14 petang (waktu indonesia). Setibanya kami di luar airport ramai pemandu-pemandu van menunggu di luar, oleh sebab anak-anak sudah kelaparan kami singgah makan di KFC, Jakarta jumlah yang dikenakan termasuk cukai 10% RP86000. Selesai makan aku cuba bertanya kepada petugas di KFC dimana boleh aku dapatkan tiket untuk menaiki bas ke Gambir, kerana aku bercadang untuk menaiki tren ke bandung. Dengan senang hari petugas tersebut menunjukkan ke arah sebelah kiri dan berkata DAMRI. Kemudian suamiku pulak pergi survey diluar dan pemandu tersebut menyatakan harga dengan menaiki van ke bandung ialah sebanyak RP90000/tempat duduk. Akhirnya kami membuat keputusan untuk menaiki bas ke Stesyen Keretapi Gambir dengan tambang RP20000/tempat duduk. penjaga kaunter memberitahu kami bas akan tiba dalam tempoh 15-20 minit.
Perjalanan dari airport ke gambir mengambil masa selama 45 minit ke 1 jam itupun jika jalannya tidak 'macet' (traffic jammed). Kami menaiki bas pd jam 3.33 petang (waktu indonesia) dan tiba di Gambir pada jam 5:03 petang (waktu Indonesia). Untuk mendapatkan tiket keretapi ke Bandung perlu ke 'Loket 10' (kaunter 10), harga tiket RP40000/tempat duduk.
Perjalanan dari gambir ke bandung mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Disini aku catatkan waktu perjalanan keretapi 5.45 pg, 9.15 pg, 11.30 pg, 4.15 ptg, 7.00 mlm, 8.25 mlm.
kami menginap di Utari Hotel Bandung
Thursday, May 26, 2011
Pengalaman Bercuti Di Jakarta - Bandung
Kami bercadang untuk menginap di hotel budget sahaja kerana memikirkan masa yang ada akan dihabiskan untuk berjalan-jalan di sekitar Jakarta - Bandung. Penginapan sekadar untuk meletak bagasi, mandi, rehat dan tidur. Jadi tidak perlu menghabiskan duit yang ada untuk membayar sekadar duit hotel. Kami jugak tidak bercadang untuk shopping sakan kerana tujuan utama aku dan suami untuk membawa anak-anak melihat negara orang sambil membawa mereka menaiki kapal terbang. Jadi kami lebihkan duit yang ada untuk makan & tambang pengangkutan untuk bersiar-siar di Jakarta - Bandung.
Sebulan sebelum kami berangkat ke Indonesia aku juga ada membuat sedikit 'home work' berkenaan tempat-tempat menarik di Jakarta - Bandung (tempat tinggal, rumah makan, tambang pengangkutan)
Penginapan (Budget Hotel) Di Bandung : Dago Royal Hotel, Progo Hotel, Patradisa Hotel, Cemerlang Hotel
Rumah Makan (Bandung) : Kampung Daun, Sapu Lidi Sawah, Restoran Dapur Sangkuriang, Restoran Simpang Tiga
Bersiar-siar (Bandung) : Pasar Baru Bandung, Tangkubang Perahu, Factory Outlet - Rumah Mode, Amanda Brownies Kukus, MONAS
Saturday, January 1, 2011
3 PRINCESS ...
Sunday, October 10, 2010
AIDILFITRI 2010
Tahun 2010 nie tema warna hitam putih ... ada gak yang kata beli kain satu roll tp takat aku empat beranak tak adalah sampai segulung tu nak dibelinya, takat 11 meter dah cukup utk kami empat beranak. Tudung utk raya tahun nie aku tempah khas kat adik aku yang sorang tu ... bab tudung nie dia mmg advance, tanya aje kat dia pasti tak mengecewakan ...
![]() |
| Ajlaa Gojes dan kakak-kakaknya Aisya & Abiya |
Wednesday, March 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)


















