Pages

myspace layout codes

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, June 28, 2011

Kisah Dobi ...

Selama nie tak pernah lagi terlintas nak terjebak dalam kes dobi mendobi nie biasanya buka kedai dobi kat rumah aje, tp baru2 nie aku outstation seminggu, nak minta cuti tambahan bos pulak tak bagi, kain baju dah berlonggok-longgok kt rumah, aku pun gi lah survey, jumpalah satu kedai nie, katanya kalau wash + dry harganya RM2/kg, kalau dry saja Rm1/kg (dia timbang masa kain basah) tp kain yg aku hantar tu lembap sikit sbb dh keringkan guna washing machine di rumah, cuma bila guna kaedah nie jimat masa menyidai dan tak perlu lagi susah payah nak melipat,  semua org kedai dobi tu uruskan. Aku juga ada cuba hantar baju anak-anak yang melambak-lambak tu untuk dicuci, tapi bau sabun yg dia gunakan tak menepati citarasa aku .... tapi cara tauke dobi tu dia lebih suka kalau dia yg wash + dry berbanding hantar untuk dry sahaja ... aku sempat jugak tanya kalau hantar iron kira mcmana? tauke tu jwb, sehelai RM2. kalau cuci tgn dia caj RM5/helai.

Baru-baru nie disebabkan kesuntukkan masa nak balik kampung, jd baju semua aku basuh, tp tak sempat nak sidai, aku ingat nak hantar kat kedai dobi yang aku hantar sebelum nie, dh sampai kat kedai, rupa2nya kedai tutup hari Sabtu.

Oleh sebab baju-baju lembab dh ada dlm keta, aku pun pusing2 jgk tgk kot2 le ada kedai dobi lain yang buka hari sabtu, Alhamdullilah ... ada, tapi harga dia lain sikit. Kalau wash + dry RM2.50/kg, kalau dry sahaja RM2/kg (tp ditimbang selepas dikeringkan), aku sempat jugak tanya, kalau hantar iron kira mcmana, katanya RM0.90/helai, biasanya baju sekolah RM1.80/pasang, tp lps 2-3 hari boleh amik itupun kalau basuh sendiri dan dia cuma amik upah iron sahaja. kalau nak segera dia caj RM1.50/helai.

Kesimpulannya, harga dobi di kedai dobi tak  serupa walaupun dalam kawasan yg sama. Ada yg murah, ada yg mahal ....

1 comment:

  1. kesimpulannya... kalau tak ada masa lebih baik antar dobi je... pilih yg paling murah kat situ..

    ReplyDelete