Pages

myspace layout codes

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Premature Baby tickers

Saturday, February 8, 2014

Kisah Dinding

kali nie nak citer psl dinding pulak
abih kalau dh buat renovation tembok pagar
dinding pun buat jgkla kan .....

lgpun jiran sblh dok pasang tirai plastik
mcm tak sudi aje ...

abih tu En Somi pun buat dinding
mcm tembok besaq cina

dh sentap pulak!!!

kitaorg pun sentap jgk masa dia boh
tirai nie ...


skrg nie dia pulak yg sentap bila dh buat dinding mcm nie


Renovation Tembok Pagar Rumah

Lama tak update blog ...
dah nak bersawang dh pun ...
kali nie aku nak citer pasal renovate tembok pagar rumah ..
Sebenarnya dari thn lps lg En Somi nak buat renovation nie ...
aku lah yg tak bg ...

Thn 2014 En Somi berkobar kobar nak buat renovation 
besar besaran
iye lah ahli keluarga pun dh bertambahkan ...


Akhirnya tercapai jgk cita cita En Somi









Saturday, April 14, 2012

aku dan stress

Rasanya dh lama aku tak up date blog nie .... buat masa nie mmg aku sibuk sgt, pelbagai perkara perlu aku bereskan dlm masa yg singkat. Bermula dari hujung Mac 2012 hingga akhir bulan April 2012 .... urusan kerja telah aku bereskan sedikit demi sedikit, walaupun bebannya terpaksa aku pikul seorang walaupun sepatutnya dipikul oleh semua dlm pejabat tersebut.

Saturday, July 9, 2011

jemu, letih, penat ....

setiap hari cuti, tak kira sama ada cuti am ke, cuti umum, e/l ataupun cuti sakit, satu perkara yang tak pernah lepas adalah mengemas rumah. kadang-kadang aku dah naik fed up nak buat keja-keja berkaitan ngan mengemas rumah. mungkin pada orang lain keadaan aku ini amat pelik, apa yang tak habis-habis dikemas?

tapi tiap kali ada sesetengah pihak yang datang bertandang ke rumah, tapi 2-3 hari selepas itu akan kedengaran mengatakan, rumah aku berselerak, seolah-olah aku hanya duduk goyang kaki dirumah tanpa buat apa-apa sehingga keadaan rumah aku tunggang langgang tidak berkemas, kononnya ....

walhal 3/4 masa yang aku berada dirumah dihabiskan untuk mengemas rumah. kadang kala aku teringin nak hidup macam orang lain, bila time cuti boleh berehat, tanpa perlu memikirkan apa-apa ... 5 hari bekerja, 1-2 hari nak juga berehat, nak juga rasa nikmatnya hidup tanpa sebarang gangguan. tapi apakan daya ... semua tu hanya angan-angan belaka ...

tiada istilah 'berehat' dalam kamus hidupku ...

Pada sesiapa yang hanya tahu mengata keburukan orang, ingat ingatlah ... hidup nie umpama roda, berputar mengikut arus masa ....

aku nie bukannya suri rumah sepenuh masa, 5 hari bekerja, lps subuh dah keluar rumah, sampai rumah pun dah maghrib .... jadi fikir-fikirkanlah ...

aku bukannya tak suka orang datang bertandang ke rumah, tapi jikalau kehadiran mereka menyakitkan hati, rasanya tak datang pun takpa, buat tambah dosa diaorang dan dosa aku aje ...

ucapan terima kasih jugak, buat bonda dan adinda perempuanku yang begitu memahami keadaanku ...

Sunday, July 3, 2011

Belajar Membaca ...

kali nie aku nak kongsi citer anak aku yang no. 2, sebenarnya seawal usia anak aku 4 tahun aku dah hantar dia ke taska, bukan apa, sekurang-kurangnya dia boleh belajar berkawan disamping tu jugak boleh belajar mengenal huruf ... tempat pertama yang aku hantar dia kat Taska, kat sini anakku diajar asas-asas mengenal huruf, tetapi anakku yang ini agak pendiam dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun termasuklah guru taskanya, tiap-tiap petang ketika aku datang mengambilnya pasti guru taska akan merungut, puan, Abiya diam saja hari nie, cikgu pun tak pasti dia faham ke tidak apa yang diajar hari nie ...." aku hanya mampu tersenyum ... (sebab tak tahu nak komen apa ....), bila usianya menginjaki ke 5 tahun, aku menghantarnya ke sebuah tadika swasta, disini anakku diperkenalkan dengan Sistem 'Cahayaku' Konsep pembelajaran Cahayaku® menekankan perkembangan EQ (emotional quality) dan IQ (intellectual quality) dan berdasarkan kepada 7M iaitu:-

1. Bermain

2. Membaca

3. Mengira

4. Menulis

5. Mewarna

6. Mengeja

7. Moral

Cahayaku


sebelum ini ketika kakaknya berusia 6 tahun, dia juga belajar membaca di tadika ini, kira-kira 3 bulan kakaknya sudahpun pandai membaca ... jadi aku pun mengharapkan agar abiya juga boleh lancar membaca seperti kakaknya, tapi aku tidak menetapkan tempoh 3 bulan kepada abiya.

tetapi sehingga genap setahun berada di situ anakku masih tidak boleh membaca, disebabkan faktor-faktor lain di tadika tersebut, ketika usianya 6 tahun, aku menghantar anakku ke tadika yang aku hantar ketika dia berusia 4 tahun, disini anakku didedahkan dengan kaedah membaca 'Bacalah Anakku' ... tetapi sehingga kini anakku sudah pun mencapai usia 7 tahun tetapi kini anakku masih belum boleh membaca ...

Bacalah Anakku
tetapi sehingga kini aku masih tidak berputus asa, setiap kali ke kedai buku pastinya aku akan mencari bahan bacaan yang dapat membantu anakku agar boleh membaca, terkini aku mencuba kaedah Al Ameen Cepat Baca ...

Al Ameen

 juga yang terkini aku sempat membelek satu lagi siri buku cepat baca iaitu Bacalah Sayang ...
Bacalah Sayang

hasil dari pencarianku di internet, buku ini digunakan untuk kanak-kanak untuk kelas pemulihan dan yang lemah membaca, untuk tempoh 3 bulan pertama nie aku nak abiya tumpukan pada kelas tuisyen membacanya setiap hari selasa dan khamis, mulai jam 2.00 ptg - 2.45 ptg, yuran bulanannya sebanyak RM 63.00 menggunakan kaedah Bacalah Anakku. Sekiranya tidak juga berhasil aku akan mencuba dengan menggunakan kaedah Bacalah Sayang pulak ....

Sekian, Seadanya Aku ....






















Tuesday, June 28, 2011

semoga cinta kita bahagia

Kisah Dobi ...

Selama nie tak pernah lagi terlintas nak terjebak dalam kes dobi mendobi nie biasanya buka kedai dobi kat rumah aje, tp baru2 nie aku outstation seminggu, nak minta cuti tambahan bos pulak tak bagi, kain baju dah berlonggok-longgok kt rumah, aku pun gi lah survey, jumpalah satu kedai nie, katanya kalau wash + dry harganya RM2/kg, kalau dry saja Rm1/kg (dia timbang masa kain basah) tp kain yg aku hantar tu lembap sikit sbb dh keringkan guna washing machine di rumah, cuma bila guna kaedah nie jimat masa menyidai dan tak perlu lagi susah payah nak melipat,  semua org kedai dobi tu uruskan. Aku juga ada cuba hantar baju anak-anak yang melambak-lambak tu untuk dicuci, tapi bau sabun yg dia gunakan tak menepati citarasa aku .... tapi cara tauke dobi tu dia lebih suka kalau dia yg wash + dry berbanding hantar untuk dry sahaja ... aku sempat jugak tanya kalau hantar iron kira mcmana? tauke tu jwb, sehelai RM2. kalau cuci tgn dia caj RM5/helai.

Baru-baru nie disebabkan kesuntukkan masa nak balik kampung, jd baju semua aku basuh, tp tak sempat nak sidai, aku ingat nak hantar kat kedai dobi yang aku hantar sebelum nie, dh sampai kat kedai, rupa2nya kedai tutup hari Sabtu.

Oleh sebab baju-baju lembab dh ada dlm keta, aku pun pusing2 jgk tgk kot2 le ada kedai dobi lain yang buka hari sabtu, Alhamdullilah ... ada, tapi harga dia lain sikit. Kalau wash + dry RM2.50/kg, kalau dry sahaja RM2/kg (tp ditimbang selepas dikeringkan), aku sempat jugak tanya, kalau hantar iron kira mcmana, katanya RM0.90/helai, biasanya baju sekolah RM1.80/pasang, tp lps 2-3 hari boleh amik itupun kalau basuh sendiri dan dia cuma amik upah iron sahaja. kalau nak segera dia caj RM1.50/helai.

Kesimpulannya, harga dobi di kedai dobi tak  serupa walaupun dalam kawasan yg sama. Ada yg murah, ada yg mahal ....

Monday, June 27, 2011

Watak Filem Despicable Me & 3 beradik

Bila tgk watak 3 beradik dalam filem Despicable Me teringat pulak kat anak-anak aku yg tiga org tu .... cuma beza anak yg sulung tak pakai cermin mata, lain-lain tu seakan-akan serupa. Yang paling lucu sekali watak yg ke-dua mmg serupa sangat2, rambut pendek, tak byk cakap dan agak 'ranggi' ... watak yang kecil, cute, manja ... thanks mami, rajin benor mami layan karenah anak2 sedara mami.





Monday, June 13, 2011

Emo Isnin


Monday Blues - Hari nie mood keja aku kurang baik, rasa moody aje tak tahu lah pasal apa, mungkin sbb bebanan kerja yg menimbun kot ... iyelah hari2 buat keja yg sama, keja org pun aku kena take over dh sampai tahap menyampah pun ada ...

Seperkara lagi aku paling pantang suh wat keja last minutes, asal ada keja last minutes dorang cari aku ... mentang2lah aku nie serba boleh (masuk lif tekan butang sendiri), hari nie aku keluar makan sorang2 ... puas hati aku ...

Kekadang terfikir jgk, mcm nak buka syarikat sendiri,  lagi senang. Opis nie staf ramai, tp semua benda aku kena fikir sorang2, boleh kata A-Z aku wat sorang2 ...

Makan hati berulam jantung lah kalau terus macam nie ... semua keja hampuk atas kepala aku sorang.

Aku dh hilang fokus dan hilang mood nak wat keja hari nie ... layan blog ajelah ...

rasa mcm nak tembak aje dorang2 tuuuu ....


Saturday, June 11, 2011

4 Beranak & Butik Kak Som



layouts myspaceptg smlm aku singgah kat butik kak som, tp pekerjanya kata, kak som dh balik, maybe tak cukup tido dan keletihan yg amat sgt ... pekerja dia sempat tegur aku, nie kak zura yg selalu buat baju byk2 tu ke?? heh ... iye (malu2 moiw ...) ha akak ler tu ... takpalah akak tinggalkan kain, lain kali akak datang balik utk sukat ukuran bdn anak2 akak nie ...

ptg td aku dah selamat menghantar semua kain-kain yang dibeli ke Butik Kak Som ... terbeliak mata kak som tgk melambak2 kain yg aku hantar ... byknye zura ... smlm kan dh tinggal kain, nie ada lagi ... byk sbb buat baju  4 beranak ... alang2 dh hantar, aku bwk la kain2 yg dok ada ...

ingat nak jahit sendiri tp memandangkan keadaan skrg nie, rasa mcm tak sempat aje ... keja opis melambak2 ... sampai umah aje dh keletihan ... abih bila masa naik menjahit sendiri, baru aje hampaq kain, si ajlaa dh tersenggih2 dtg bersila duduk atas kain tu ... tu yg hantar tailor, yg tempah kat nani norsiah belum bagi lagi ... si aisya nak buat baju gaun ... nak melaram lah tu ... ummi cuma nak touch up aje baju2 tu nanti ... harap2 berkesempatan ....

Friday, June 10, 2011

Aku, Adik & Shopping ...

10 JUNE 2011

Firstly, aku nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY buat bondaku, Puan Norsiah Mohamed Shariff  & TAHNIAH dan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke - 5 buat adikku, nini & suaminya, Jas ... Semoga kalian Berbahagia Di Dunia & Di Akhirat hendaknya ... Amin ...
myspace layouts
Hari nie aku ditemani oleh adikku yang sorang tu lah ... aku yang sebenarnya yg beria-ia ajak dia teman aku ... iye lah kekadang nak jalan sorang2 nie pun bukannya best sangat, kang ada benda-benda yang lucu takkan nak senyum sorang2 kot ... sakgi orang ingat aku punya wayar dah putus ataupun ada skrew longgar kat mana2 pulak ...

Apa2 pon akak nak ucapkn terima kasih byk2 kt mami sbb belanja makan ayam goreng kat pasific td,  keh .. keh ...keh paling best sbb dapat minum teh tarik .. minum kegemaran ku, dulu kini dan selamanya ...

selesai bab makan aku pun ajak adikku aku ke kedai kain ... tak lama lagi dh nak puasa, bkn apa bimbang nanti tailor dah tak sudi nak amik tempahan ... mmg baju ready made byk tp sapa yang rapat ngan aku, tahu kenapa aku jarang ada baju ready made .... kalau boleh aku memang akan elakkan beli baju ready made, kekadang tu beli aku pakai sekali aje sebab tak selesa, ukuran badan aku 'unik' sikit, bukan aku yg kata tp tailor yg kata, tiap kali tailor ukur mesti diaorg akan sebut mcm tu ... kalau yg tak biasa buat baju aku pasti ada 'kecacatannya' jadi aku hanya menempah baju pada tempat tertentu sahaja, biasanya tailor nie dh mmg cam aku ... kalau kat Taiping tu aku memang tempah kt Bebe Fesyen dari zaman anak dara hinggalah dh jadi mak orang ... tp kalau kat penang aku tempah kat Butik Kak Som ... baju yang paling aku suka  kat butik kak som ialah Baju Kurung Riau ...

tp rasa mcm nak buat fesyen lain pula tahun nie ... hehehe .. tema tahun nie glamer & gojes ...
profile editor
aku dah beli kain ela untuk buat baju raya tahun nie ... esok boleh lagi gi tempah dan lepas dh siap aku ingat nak jahit sendiri manik ke apa ke untuk memeriahkan lagi baju raya tahun nie ...


beli kain tambahan untuk disuai padan dengan kain yang aku beli kat Bandung hari tu ... cuma menambah apa yang terkurang, pening kepala jugak dibuatnya nak memilih kain yang sepadan, byk benda nak kena fikir, warna kulit kesesuaian mengikut umur ... mcm2 lah ... tu sebab suami bagi masa 2 jam suh aku beli kain kat pasar baru bandung, mana cukup 2 jam ... nak ronda2 lagi, nak pilih kain, nak tawar harga lagi ... ngan nak tengok anak2 lagi ... akhirnya kena shopping kain kat malaysia jgk ... apa2 pun malaysia jugak yang 'terbaek' ... kalau dh merantau tgk negara org baru tahu, negara sendiri bagus ke tidak ... tu pasal org luar bila dtg malaysia dh tak nak balik negara sendiri ... nie dh terkeluar dari tajuk dah nie ...

rasa2nya kak som sudi tak buat baju mcm nie
ok jugak ... melaram di hari raya ...
agak2nya kak som sudi tak?

WAJAH SURAT KHABAR

myspace glitters

 
Semenjak dua menjak nie muka hubby aku asyik keluar paper aje  .... glamour sekejap katanya ... pesan aku pada husband aku, buat keja betul2 ... kena komited pada tugas ... biar gaji yang diperolehi tu ada keberkatannya ...

sebelum nie pun ada gak tp kebanyakkan akhbar cina saja ... boleh tgk foto ajelah, tp isi kandungannya tak faham ...

Akhbar Sinar

The Star

Thursday, June 9, 2011

AJLAA GOJES


AJLAA GOJES

Ajlaa & Ummi Gojes

Pejam celik, celik pejam ... kejap aje masa berlalu ... dan tanpa aku sedari tak lama lagi Ajlaa akan menginjaki usia ke-2 tahun. Bermacam-macam dugaan, rintangan yang telah aku lalui bersama-sama ngan Ajlaa ... terlalu banyak, sejak Ajlaa dalam kandungan, di hari lahirnya hinggalah kini ... hospital merupakan rumah ke-2 untuk Ajlaa dan aku ...

pernah satu ketika, aku terpaksa memandu di waktu tengah malam bersama-sama dengan dua anakku kerana Ajlaa mendapat serangan Athma, ketika itu suami out station di Kuala Lumpur ... dengan berat hati aku terpaksa menghubungi adikku, nini dan suaminya, Jas untuk menjaga dua anakku (Aisya & Abiya) kerana Ajlaa terpaksa ditahan di wad kerana ada jangkitan pada paru-paru ...

waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu isi hatiku ... bermacam-macam juga sindiran yang terpaksa aku tahan kerana ada diantara warga opis yang tak memahami keadaanku yang terpaksa cuti kecemasan setiap bulan kerana menjaga Ajlaa di hospital, tapi aku beruntung kerana dikelilingi oleh mak, baba dan adik beradik yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi ...

aku ingin mengucap jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibuku, Puan Norsiah yang sentiasa berada disisiku disaat aku amat memerlukan ... juga terima kasih kepada adik perempuanku yang sorang nie ... sentiasa menyokong dan memberiku semangat untuk meneruskan liku-liku hidup yang penuh ranjau dan duri ... hanya Allah Taala sahaja yang bisa membalas jasa baik kalian semua ...

Ajlaa kini menerima rawatan susulan dengan pakar kanak-kanak hospital, aku juga ada membawanya ke klinik pakar kanak-kanak swasta tiap kali Ajlaa kurang sihat. Sememangnya wang gaji yang aku terima setiap bulan, akan aku peruntukkan sedikit untuk belanja perubatan di klinik pakar kanak-kanak swasta ... kalau aku membawanya ke hospital kerajaan sudah semestinya aku terpaksa mengambil cuti, jadi untuk memudahkan segala urusan aku mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik swasta, aku boleh pergi selepas waktu kerja kerana klinik tersebut tamat operasinya pada jam 8.30 mlm.

Pada mereka yang mempunyai anak yang sihat mungkin tidak memahami keadaan yang aku harungi ... tidur malam memang tidak pernah lena kerana risaukan keadaan anak, mungkin dia sesak nafas? tersedak ketika minum susu? macam2 yang berlegar2 dikotak fikiran aku tiap2 malam ...

Berbalik pada kisah si Ajlaa Gojes sekarang nie paling suka menari pantang ada muzik yang rancak dia pasti akan menggoyangkan badannya ... kartun yang paling dia gemari ialah Sponge Bob Square Pant ... dia pun dah pandai menyanyikan lagu tema kartun tersebut walaupun tak berapa jelas sebutannya tapi nada lagunya ada ...

Sesiapa sahaja yang melihat Ajlaa Gojes pasti terhibur dengan keletahnya ...


mami, cik jas & ajlaa gojes
'apa ajlaa buat tu???"


ajlaa gojes dh botak chin ...

Tuesday, May 31, 2011

BANDUNG PART 3

Hari ketiga kami melawat ke Gunung Tangkubang Perahu yang terletak di Lembang, Indonesia. Semasa dalam perjalanan kami dikisahkan mengenai lagenda gunung tersebut, begini al-kisahnya ....
seperti yang diceritakan oleh Pak Dharmawan ...
LAGENDA GUNUNG TANGKUBAN PERAHU
Di Jawa Barat tepatnya di Kabupaten Bandung terdapat sebuah tempat rekreasi yang sangat indah yaitu Gunung Tangkuban Perahu. Tangkuban Perahu artinya adalah perahu yang terbalik. Diberi nama seperti karena bentuknya memang menyerupai perahu yang terbalik. Konon menurut cerita rakyat parahyangan gunung itu memang merupakan perahu yang terbalik. Berikut ini ceritanya.

Beribu-ribu tahun yang lalu, tanah Parahyangan dipimpin oleh seorang raja dan seorang ratu yang hanya mempunyai seorang putri. Putri itu bernama Dayang Sumbi. Dia sangat cantik dan cerdas, sayangnya dia sangat manja. Pada suatu hari saat sedang menenun di beranda istana, Dayang Sumbi merasa lemas dan pusing. Dia menjatuhkan pintalan benangnya ke lantai berkali-kali. Saat pintalannya jatuh untuk kesekian kalinya Dayang Sumbi menjadi marah lalu bersumpah, dia akan menikahi siapapun yang mau mengambilkan pintalannya itu. Tepat setelah kata-kata sumpah itu diucapkan, datang seekor anjing sakti yang bernama Tumang dan menyerahkan pintalan itu ke tangan Dayang Sumbi. Maka mau tak mau, sesuai dengan sumpahnya, Dayang Sumbi harus menikahi Anjing tersebut.

Dayang Sumbi dan Tumang hidup berbahagia hingga mereka dikaruniai seorang anak yang berupa anak manusia tapi memiliki kekuatan sakti seperti ayahnya. Anak ini diberi nama Sangkuriang. Dalam masa pertumbuhannya, Sangkuring se lalu ditemani bermain oleh seekor anjing yang bernama Tumang yang dia ketahui hanya sebagai anjing yang setia, bukan sebagai ayahnya. Sangkuriang tumbuh menjadi seorang pemuda yang tampan dan gagah perkasa.

Pada suatu hari Dayang Sumbi menyuruh anaknya pergi bersama anjingnya untuk berburu rusa untuk keperluan suatu pesta. Setelah beberapa lama mencari tanpa hasil, Sangkuriang merasa putus asa, tapi dia tidak ingin mengecewakan ibunya. Maka dengan sangat terpaksa dia mengambil sebatang panah dan mengarahkannya pada Tumang. Setibanya di rumah dia menyerahkan daging Tumang pada ibunya. dayanng Sumbi yang mengira daging itu adalah daging rusa, merasa gembira atas keberhasilan anaknya.

Segera setelah pesta usai Dayang Sumbi teringat pada Tumang dan bertanya pada pada anaknya dimana Tumang berada. Pada mulanya Sangkuriang merasa takut, tapa akhirnya dia mengatakan apa yang telah terjadi pada ibunya. Dayang Sumbi menjadi sangat murka, dalam kemarahannya dia memukul Sangkuriang hingga pingsan tepat di keningnya. Atas perbuatannya itu Dayang Sumbi diusir keluar dari kerajaan oleh ayahnya. Untungnya Sangkuriang sadar kembali tapi pukulan ibunya meninggalkan bekas luka yang sangat lebar di keningnya.Setelah dewasa, Sangkuriang pun pergi mengembara untuk mengetahui keadaan dunia luar.

Beberapa tahun kemudian, Sangkuriang bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik. Segera saja dia jatuh cinta pada wanita tersebut. Wanita itu adalah ibunya sendiri, tapi mereka tidak saling mengenali satu sama lainnya. Sangkuriang melamarnya, Dayang Sumbi pun menerima dengan senang hati. Sehari sebelum hari pernikahan, saat sedang mengelus rambut tunangannya, Dayang Sumbi melihat bekas luka yang lebar di dahi Sangkuriang, akhirnya dia menyadari bahwa dia hampir menikahi putranya sendiri. Mengetahui hal tersebut Dayang Sumbi berusaha menggagalkan pernikahannya. Setelah berpikir keras dia akhirnya memutuskan untuk mengajukan syarat perkawinan yang tak mungkin dikabulkan oleh Sangkuriang. Syaratnya adalah: Sangkuriang harus membuat sebuah bendungan yang bisa menutupi seluruh bukit lalu membuat sebuah perahu untuk menyusuri bendungan tersebut. Semua itu harus sudah selesai sebelum fajar menyingsing.

Sangkuriang mulai bekerja. Cintanya yang begitu besar pada Sangkuriang memberinya suatu kekuatan aneh. Tak lupa dia juga menggunakan kekuatan yang dia dapat dari ayahnya untuk memanggil jin-jin dan membantunya. Dengan lumpur dan tanah mereka membendung air dari sungai dan mata air. Beberapa saat sebelum fajar, Sangkuriang menebang sebatang pohon besar untuk membuat sebuah perahu. Ketika Dayang Sumbi melihat bahwa Sangkuriang hampir menyelesaikan pekerjaannya, dia berdoa pada dewa-dewa untuk merintangi pekerjaan anaknya dan mempercepat datangnya pagi.

Ayam jantan berkokok, matahari terbit lebih cepat dari biasanya dan Sangkuriang menyadari bahwa dia telah ditipu. Dengan sangat marah dia mengutuk Dayang Sumbi dan menendang perahu buatannya yang hampir jadi ke tengah hutan. Perahu itu berada disana dalam keadaan terbalik, dan membentuk Gunung Tangkuban Perahu(perahu yang menelungkub). Tidak jauh dari tempat itu terdapat tunggul pohon sisa dari tebangan Sangkuriang, sekarang kita mengenalnya sebagai Bukit Tunggul. Bendungan yang dibuat Sangkuriang menyebabkan seluruh bukit dipenuhi air dan membentuk sebuah danau dimana Sangkuriang dan Dayang Sumbi menenggelamkan diri dan tidak terdengar lagi kabarnya hingga kini.







Sunday, May 29, 2011

BANDUNG PART 3 - CIHAMPELAS

Dalam perjalan pulang dari Gunung Tangkuban Perahu, kami bersiar-siar di sekitar kawasan Cihampelas. Disini terkenal dengan tempat menjual Jeans. Bagi yang pengemar-pengemar Jeans mungkin disinilah syurga untuk membeli belah ...





Saturday, May 28, 2011

BANDUNG PART 2 - KAMPUNG GAJAH

Dalam perjalanan balik dari Kampung Daun, kami singgah di Kampung Gajah, tempatnya sangat menarik dan memang amat sesuai sekali untuk yang datang bercuti bersama keluarga. Tempat sebegini memang amat menyeronokkan bagi anak-anak.




BANDUNG PART 2 - KAMPUNG DAUN, PAROMPONG, INDONESIA

Hari ke-2 kami ke Kampung Daun untuk menikmati makan tengahari. Perjalanan ke sana seakan-akan berada di Cameron Highland kerana dikelilingi oleh pohon2 strawberi, cuaca dingin.





BANDUNG PART 2 - PASAR BARU

Dari Royal Corner Hotel tempat kami menginap aku dan family di bawa bersiar-siar di Pasar Baru Bandung, kami di sana lebih kurang dalam 2 jam sebab aku dan husband tak berniat nak shopping sekadar cuci mata dan berjalan-jalan di sekitar Pasar Baru Bandung.





Friday, May 27, 2011

JAKARTA-BANDUNG PART 1



27 Mei 2011 - bertolak dari rumah ke dan tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada jam 10.10 pagi. Selesai semua urusan pemeriksaan keselamatan bagasi, pemeriksaan dokumen pada jam 11.29 pagi. Menunggu untuk pemeriksaan imigresen 45 minit sebelum penerbangan berlepas iaitu pada jam 11.30 pagi. Kami berada di dalam flight tepat pada jam 12.08 tengahari, pesawat berlepas tepat pada jam 12.20 t/hari.


Kami tiba di Sokeorno hatta jakarta airport pada jam 2.14 petang (waktu indonesia). Setibanya kami di luar airport ramai pemandu-pemandu van menunggu di luar, oleh sebab anak-anak sudah kelaparan kami singgah makan di KFC, Jakarta jumlah yang dikenakan termasuk cukai 10% RP86000. Selesai makan aku cuba bertanya kepada petugas di KFC dimana boleh aku dapatkan tiket untuk menaiki bas ke Gambir, kerana aku bercadang untuk menaiki tren ke bandung. Dengan senang hari petugas tersebut menunjukkan ke arah sebelah kiri dan berkata DAMRI. Kemudian suamiku pulak pergi survey diluar dan pemandu tersebut menyatakan harga dengan menaiki van ke bandung ialah sebanyak RP90000/tempat duduk. Akhirnya kami membuat keputusan untuk menaiki bas ke Stesyen Keretapi Gambir dengan tambang RP20000/tempat duduk. penjaga kaunter memberitahu kami bas akan tiba dalam tempoh 15-20 minit.

Perjalanan dari airport ke gambir mengambil masa selama 45 minit ke 1 jam itupun jika jalannya tidak 'macet' (traffic jammed). Kami menaiki bas pd jam 3.33 petang (waktu indonesia) dan tiba di Gambir pada jam 5:03 petang (waktu Indonesia). Untuk mendapatkan tiket keretapi ke Bandung perlu ke 'Loket 10' (kaunter 10), harga tiket RP40000/tempat duduk.


Perjalanan dari gambir ke bandung mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Disini aku catatkan waktu perjalanan keretapi 5.45 pg, 9.15 pg, 11.30 pg, 4.15 ptg, 7.00 mlm, 8.25 mlm.

kami menginap di Utari Hotel Bandung

Utari Hotel Bandung


Pizza berdekatan dengan Utari Hotel