Pages

myspace layout codes

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Premature Baby tickers

Sunday, July 3, 2011

Belajar Membaca ...

kali nie aku nak kongsi citer anak aku yang no. 2, sebenarnya seawal usia anak aku 4 tahun aku dah hantar dia ke taska, bukan apa, sekurang-kurangnya dia boleh belajar berkawan disamping tu jugak boleh belajar mengenal huruf ... tempat pertama yang aku hantar dia kat Taska, kat sini anakku diajar asas-asas mengenal huruf, tetapi anakku yang ini agak pendiam dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun termasuklah guru taskanya, tiap-tiap petang ketika aku datang mengambilnya pasti guru taska akan merungut, puan, Abiya diam saja hari nie, cikgu pun tak pasti dia faham ke tidak apa yang diajar hari nie ...." aku hanya mampu tersenyum ... (sebab tak tahu nak komen apa ....), bila usianya menginjaki ke 5 tahun, aku menghantarnya ke sebuah tadika swasta, disini anakku diperkenalkan dengan Sistem 'Cahayaku' Konsep pembelajaran Cahayaku® menekankan perkembangan EQ (emotional quality) dan IQ (intellectual quality) dan berdasarkan kepada 7M iaitu:-

1. Bermain

2. Membaca

3. Mengira

4. Menulis

5. Mewarna

6. Mengeja

7. Moral

Cahayaku


sebelum ini ketika kakaknya berusia 6 tahun, dia juga belajar membaca di tadika ini, kira-kira 3 bulan kakaknya sudahpun pandai membaca ... jadi aku pun mengharapkan agar abiya juga boleh lancar membaca seperti kakaknya, tapi aku tidak menetapkan tempoh 3 bulan kepada abiya.

tetapi sehingga genap setahun berada di situ anakku masih tidak boleh membaca, disebabkan faktor-faktor lain di tadika tersebut, ketika usianya 6 tahun, aku menghantar anakku ke tadika yang aku hantar ketika dia berusia 4 tahun, disini anakku didedahkan dengan kaedah membaca 'Bacalah Anakku' ... tetapi sehingga kini anakku sudah pun mencapai usia 7 tahun tetapi kini anakku masih belum boleh membaca ...

Bacalah Anakku
tetapi sehingga kini aku masih tidak berputus asa, setiap kali ke kedai buku pastinya aku akan mencari bahan bacaan yang dapat membantu anakku agar boleh membaca, terkini aku mencuba kaedah Al Ameen Cepat Baca ...

Al Ameen

 juga yang terkini aku sempat membelek satu lagi siri buku cepat baca iaitu Bacalah Sayang ...
Bacalah Sayang

hasil dari pencarianku di internet, buku ini digunakan untuk kanak-kanak untuk kelas pemulihan dan yang lemah membaca, untuk tempoh 3 bulan pertama nie aku nak abiya tumpukan pada kelas tuisyen membacanya setiap hari selasa dan khamis, mulai jam 2.00 ptg - 2.45 ptg, yuran bulanannya sebanyak RM 63.00 menggunakan kaedah Bacalah Anakku. Sekiranya tidak juga berhasil aku akan mencuba dengan menggunakan kaedah Bacalah Sayang pulak ....

Sekian, Seadanya Aku ....






















3 comments:

  1. Usaha dan pengorbanan seorang ibu yg hendak memastikan bahawa anaknya seiring dengan rakan2 sebayanya... Mudah-mudahan berhasil. abiya..berusahalah...

    ReplyDelete