Pages

myspace layout codes

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Premature Baby tickers

Saturday, July 9, 2011

jemu, letih, penat ....

setiap hari cuti, tak kira sama ada cuti am ke, cuti umum, e/l ataupun cuti sakit, satu perkara yang tak pernah lepas adalah mengemas rumah. kadang-kadang aku dah naik fed up nak buat keja-keja berkaitan ngan mengemas rumah. mungkin pada orang lain keadaan aku ini amat pelik, apa yang tak habis-habis dikemas?

tapi tiap kali ada sesetengah pihak yang datang bertandang ke rumah, tapi 2-3 hari selepas itu akan kedengaran mengatakan, rumah aku berselerak, seolah-olah aku hanya duduk goyang kaki dirumah tanpa buat apa-apa sehingga keadaan rumah aku tunggang langgang tidak berkemas, kononnya ....

walhal 3/4 masa yang aku berada dirumah dihabiskan untuk mengemas rumah. kadang kala aku teringin nak hidup macam orang lain, bila time cuti boleh berehat, tanpa perlu memikirkan apa-apa ... 5 hari bekerja, 1-2 hari nak juga berehat, nak juga rasa nikmatnya hidup tanpa sebarang gangguan. tapi apakan daya ... semua tu hanya angan-angan belaka ...

tiada istilah 'berehat' dalam kamus hidupku ...

Pada sesiapa yang hanya tahu mengata keburukan orang, ingat ingatlah ... hidup nie umpama roda, berputar mengikut arus masa ....

aku nie bukannya suri rumah sepenuh masa, 5 hari bekerja, lps subuh dah keluar rumah, sampai rumah pun dah maghrib .... jadi fikir-fikirkanlah ...

aku bukannya tak suka orang datang bertandang ke rumah, tapi jikalau kehadiran mereka menyakitkan hati, rasanya tak datang pun takpa, buat tambah dosa diaorang dan dosa aku aje ...

ucapan terima kasih jugak, buat bonda dan adinda perempuanku yang begitu memahami keadaanku ...

1 comment:

  1. Hmm.. betul tu, klu dah keja 5 days a week tp org tak juga appreciate mmg la angin... org yg bertandang tu mmg tak memikir la tu.. tp zura, kadang2 kita kena gak jaga hati kita dlu.. bila org mengata tu mau tak mau kena jwp juga br depa tau kita pun org gak bkn robot ya...

    ReplyDelete